Sabtu, 11 Januari 2014

KHASIAT LAIN BUAH PISANG??

 Buah pisang dapat mengurangkan tekanan kerana sejenis  protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang sedang mengalami masalah tekanan ataupun stress.Selain itu,kajian turut membuktikan bahawa makan buah pisang bagi seseorang wanita ataupun ibu yang hamil dapat mengatasi masalah mabuk mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan.Jadi seseorang wanita yang mengalami masalah hamil pada beberapa bulan pertama  bolehlah mengamalkan pemakanan buah pisang dalam kehidupan seharian mereka.Di samping itu,makan buah pisang dapat menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja dengan cara memakn buah pisang setiap 2 jam.Hal ini kerana ,makan buah piasang dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah.Apa yang penting bagi kita perlu menumpukan pada kesihatan  dengan mengamalkan tabiat makan buah pisang.



KEGUNAAN LAIN BUAH PISANG.

      Selain untuk tujuan kesihatan buah pisang juga merupakan spesis buahan yang boleh digunakan untuk membuat kerepek untuk tujuan komersial.Hal ini kerana,buah pisang dapat dipasarkan dalam dan luar negara untuk dijadikan sebagai satu makanan ringan yang berkhasiat,Di Malaysia ,ramai usahawan yang telah menceburi bidang penghasilan kerepek pisang kerana kejaya ini mendatangkan keuntungan yang lumayan.Hal ini disebabkan pisang sejenis tanaman yang senang untuk ditanam.Selain itu,buah pisang boleh dijadikan kek iaitu kek pisang.Kelazatan buah pisang ini mampu menarik banyak pelanggan untuk mencuba sendiri keunikan serta kelazatan kek yang  dihasilkan dari buah pisang.Di samping itu,buah pisang dapat dijadikan cucur pisang ataupun pisang goreng.




PENUTUP

Akhir sekali,mengamalkan pemakanan buah pisang sememangnya memberi seribu kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kitta.Amalkanlah pemakanan secara sihat dengan makan buah pisang dalam rutin harian kita.Badan yang sihat datang dari pemakanan yang betul.PISANG BERKHASIAT TINGGI.